

Unit Praktikum
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan
Tel: 06-7979600

KONSEP & AMALAN PROFESIONAL PRAKTIKUM
Konsep
Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam Program Pendidikan Guru. Ia memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses P&P dengan bimbingan pensyarah penyelia dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara agensi-agensi KPM.
Objektif Praktikum
Melalui praktikum, guru pelatih dapat:
-
menyepadukan teori dengan amali P&P.
-
mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P.
-
mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.
-
merancang dan melaksanakan P&P secara berpasangan dan individu.
-
mengenal pasti dan menyelesaikan masalah P&P.
-
memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai profesionalisme keguruan.
-
memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri.
-
mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses P&P.
-
menguasai kemahiran fasilitator.
-
menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
Panduan Penyeliaan
-
Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal. Ia merupakan proses penyeliaan yang merangkumi prapemerhatian, pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.
-
Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.
-
Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
DEFINISI KONSEP AMALAN PROFESIONAL
Pendedahan terhadap budaya kerja di sekolah, memahami proses yang perlu dilakukan oleh seseorang guru sebelum melaksanakan pengajaran, mengaplikasikan segala teori yang dipelajari semasa kuliah ke dalam konteks sebenar di sekolah.
MATLAMAT
Pelajar menguasai dan mengamalkan konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang perlu untuk menjadi insan guru yang profesional, kompeten dan memiliki sahsiah guru yang unggul
Meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya
mereka mempunyai daya tahan diri dalam menghadapi
pelbagai cabaran di sekolah
Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik






